Pernah dengar Kuih Abok Abok ? kuih sebegini kalau nak cari time hari biasa susah nak jumpa... Tapi masa bulan puasa banyak dijual... yg penting kueh ni sedap....
Rabu, 8 Jun 2016
Bacang Corner Warong Che Nad
Menu kat kdai ni mcm2 ada. Ada shellout, western, goreng2, tempatan, ABC, cendol dan fusion. Apa lagi kekawan jom pegi makan kat sini. Alamat di bacang 36, kota masai
Cakar ayam di Parit Bugis, Muar
Suka makan kuih cakar ayam tak ? Sedap tau kuih ni. Yg kat gambar ni di Parit Bugis, Muar. Selain cakar ayam, madu kelulut pun ada disini. Jika anda ke sini jangan lupa dapatkan cakar ayam atau madu kelulut...
#TourismJohor
#SayaOrangJohor
#TourismMalaysia
Isnin, 6 Jun 2016
Ahad, 5 Jun 2016
Air terjun di Johor
Air terjun di Johor. Mana yg korg penah pegi ?
1. Air terjun Kota Tinggi
2. Air terjun Ayer Puteh, Taman negara gunung Ledang
3. Air terjun gunung pulai (buka ke tutup)
4. Taka Melor, Kg Tenang, Labis
5. Puteri Fall, Gunung Ledang
6. Asahan Fall, Gunung Ledang (ikut Asahan)
7. Jeram Tinggi, Jementah
8. Pelepah Fall, Kota Tinggi
9. Sungai Yong Fall, Gunung Berlumut
10. Taka Tinggi, Taman negara endau rompin (selai)
11. Upih Guling, Taman negara endau rompin (peta)
12. Tengkil Fall, Gunung Muntahak, KT
13. Buaya sangkut, Taman negara endau rompin (peta)
14. Jeng.... jeng.... jeng....
15. Air terjun Gunung Ledang level bawah
Kebanyakan air terjun ni belah dalam2. Kena trekking dan hiking... dan ada lg air terjun yg xde dlm list ni. SO KORG PENAH GI AIR TERJUN MANA ??
*bru2 ni admin gi buaya sangkut dari kuala merong sejauh 5.5km treking dan hiking. Fuh..... penat jgk... tpi berjaya sampai... terima kasih Tourism Malaysia yg mengajak admin join ke taman negara endau rompin selama 3 hari 2 malam...
#TourismMalaysia #DekatJe
#Motac (kementerian pelancongan dan kebudayaan Malaysia)
Muzium Johor Lama, Teluk Sengat
Muzium Johor Lama, Teluk Sengat
Kalau korg gi Teluk Senggat utk homestay ke, makan ABC ke, makan cendol ke, makan belangkas ke, memancing ke, gi taman buaya ke atau gi kedai motor murah.... cuba singgah sekali muzium Johor Lama ni. Best tau kalau dpt tau sejarah2 lama Johor ni. Baru lah Johorean. Masuk pun free je... jom.... jom... jom....
#JohorTourism
#TourismJohor
#TourismMalaysia
#dekatje
Johor
Sejarah Penubuhan Johor
Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.
Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.
Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.
Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.